. .BORNEAN BRISTLEHEAD..
Burung ini mempunyai ukuran yang sederhana dengan berat 115-150 gram dan bersaiz 22 hingga 26cm.Burung ini mirip dengan burung gagak dan suka hidup berkelompok.Bornean Bristlehead diklasifikasikan sebagai spesis terancam.Sesetengah orang menangkapnya dan menjualnya sebagai burung kesayangan di pasaran gelap,tetapi sekarang burung ini adalah burung yang dilindungi di Malaysia dan memerlukan lesen jika ingin memburunya.Burung ini mempunyai bulu yang tebal dan ekornya yang pendek.Burung ini terdapat banyak di kepulauan Borneo,timur Malaysia,Brunei & Kalimantan Indonesia.
( Planetbirds.blogspot.com)
PEMBIAKAN
Pembiakan spesis ini masih dalam misteri,dengan sedikit maklumat sahaja diketahui.Walaupun sarang spesies ini tidak pernah ditemui tetapi terdapat penerangan tentang telur yang diambil dan dikumpul pada tahun 1896.Telur spesis ini mempunyai warna putih,kelabu dan coklat.Bukti pembiakan burung ini,seperti membawa bahan sarang yang diperhatikan pada bulam mei,ogos dan oktober yang menunjukkan spesis ini boleh mempunyai cukup musim untuk pembiakan
JANTINA
Burung ini mempunyai perbezaan dari segi jantina.Jantan mempunyai rusuk yang berwarna hitam manakala betina pula berwarna merah.
PERGAULAN
Bornean Bristlehead spesies yang sangat pandai bergaul,mereka akan mengeluarkan bunyi untuk berkenalan dengan sama spesies.Apabila didalam kumpulan setengah antara burung ini akan mengelurkan bunyi A 'pit-pit-peeoo' atau bersiul antara satu sama yang lain.Spesis ini juga mengeluarkan bunyi yang sangat kuat dalam masa 2 hingga 3 saat sahaja.
MAKANAN
Bornean Bristlehead ini menghabiskan masa untuk mencari makanan seperti Beluncas,lipas,kumbang dan lain-lain serangga yang besar adalah sumber prinsip makanan untuk bristlehead Borneo,kadang-kadang, reptilia dan amfibia kecil juga diambil sebagai mangsa.
ANCAMAN
Ancaman pertama ialah kehilangan habitat melaui penebangan hutan.Pemusnahan hutan di tanah rendah Borneo berterusan pada kadar yang pesat,termasuk di kawasan perlindungan.Selain itu pembakaran hutan juga menyebabkan kemusnahan habitat yang ada.
PEMULIHAN
Pemulihan spesies ini berlaku dalam beberapa kawasan perlindungan. Kawasan Pemuliharaan Lembah Danum,yang terletak di Sabah (Malaysia),adalah salah satu kubu kuat untuk bristlehead Borneo ini.Burung ini juga telah direkodkan di Taman Bukit Lambir Negara dan Samunsam Sanctuary Hidupan Liar di Sarawak,Tawau Hills National Park di Sabah,dan Ulu Temburong National Park di Brunei.
Baik dan Kemas! :) Disemak 2/4/2014
ReplyDelete