Tuesday, April 1, 2014

Burung Kenyalang

Cerita Dongeng Tentang Burung Kenyalang
  • Masyarakat peribumi Sarawak khususnya masyarakat Iban mempunyai banyak cerita-cerita yang mencerminkan nilai-nilai budaya mereka. Masyarakat ini amat kaya dengan cerita-cerita rakyat sehingga mampu menarik ramai pengkaji untuk mengkaji sejarah budaya masyarakat Iban. Walaupun cerita rakyat selalu juga disebut sebagai cerita dongeng, namun tidaklah sama kalau kita menganggapnya sebagai dongeng semata-mata, sebaliknya kita harus memandang cerita itu dari kaca mata golongan yang melahirkan cerita itu.
  •  Ini disebabkan kesemua pemujaan berbentuk lahiriah seperti pemujaan Pulang Gana semasa hari Gawai. Mereka mempercayai tentang Aki Lang Menaul Nyakai atau Singgalang Burung iaitu dewa yang paling berkuasa yang merupakan dewa perang dan asas kepada semua adat.
  • Sebanyak tujuh jenis burung ( menantu kepada Singgalang Burung) selalu hadir dalam semua upacara budaya dan ritual pengubatan yang dijalankan oleh orang Iban. Burung ini melambangkan penghormatan masyarakat Iban terhadap alam semulajadi.
  • mereka selalu mengaitkan burung dengan petanda ataupun alamat. Tuai burung yakni Aki Angum Gua dalam cerita Meludai menilik berdasarkan alamat yang dijelaskan oleh Meludai. Burung atau binatang lain boleh memberi petanda baik atau buruk kepada orang Iban. Mereka mempercayai tafsiran tuai burung kerana beranggapan
    kehidupan mereka dipenuhi dengan kekaburan khususnya yang berkaitan dengan masa hadapan.
  •  kehidupan masyarakat ini yang sering berpindah-randah sebenarnya berkaitan dengan satu lagi kepercayaan iaitu legaran burung. Semua perlakuan burung ini seperti bunyi, cara legaran penerbangan, dan pergerakan-pergerakan lain yang dianggap membawa petanda yang mesti dihormati kerana tindakan orang di rumah panjang ditentukan oleh tanda-tanda ini.Dalam cerita Uging telah disebutkan tentang perbuatan orang Iban meninggalkan rumah panjang kerana burung telah memasuki rumah mereka.
  • kepercayaan kepada burung sebenarnya merupakan antara beberapa sebab masyarakat ini asyik berpindah-randah. Legaran burung akan ditafsir oleh tuai burung, jika legaran tersebut memberi tanda mereka perlu berpindah, maka mereka perlu berpindah. Perkara inilah yang menyebabkan berlakunya konsep pindah dalam masyarakat ini. Manakala, dalam cerita Ngumbang dan Berenai terdapat kepercayaan tentang Menoa Sebayan.
  • Kepercayaan ini bersangkutan dengan kehidupan mereka yang tinggal di kawasan hutan belantera, jadi tidak mustahil jika cerita-cerita ini adalah usaha untuk mengharmonikan hubungan antara masyarakat Iban dengan alam semulajadi. Binatang seperti burung kenyalang,rusa, ikan belida, dan babi dianggap sebagai suci dan mempunyai kesaktian yakni menjelma menjadi perempuan yang cantik. 
  •  cerita Tedung Berkahwin dengan Kenyalang Bongsu terdapat larangan membunuh atau memakan burung kenyalang.
  • Perkara ini menjadi suatu tradisi hingga ke hari ini iaitu masyarakat Iban tidak akan memakan binatang tertentu misalnya burung kenyalang. Masyarakat Iban amat mementingkan zuriat khususnya anak lelaki. Terdapat beberapa cerita yang memaparkan tentang wira Iban berkahwin dengan binatang dan memperoleh anak lelaki.
  • cerita Medang Gila Mengail iaitu Medang dikurniakan seorang anak lelaki setealah mengahwini Bongsu Ikan Belida. Selain itu, dalam cerita Meludai dikisahkan tentang anak Meludai yang melahirkan seorang anak lelaki yang bernama Sampar yang gagah sehingga tidak pernah tewas semasa pergi mengayau. Cerita ini telah membuktikan pemikiran masyarakat Iban amat mementingkan anak lelaki yang digambarkan sebagi pahlawan yang gagah. Oleh sebab itu, kebanyakan cerita ini terutama sekali apabila wira Iban berkahwin dengan binatang akan melahirkan anak lelaki kerana anak lelaki merupakan pewaris kepada adat ‘ngayau’. Oleh sebab itu, anak lelaki merupakan lambang kepahlawanan masyarakat Iban. Terdapat beberapa cerita yang memaparkan tentang alat perhiasan perempuan.


 Burung Enggang Badak ( Rhinoceros Hornball )
  • Lebih dikenali sebagai Burung Enggang Badak Atau Burung Enggang Kenyalang.
  • Salah satu daripada burung enggang terbesar.
  • Tahap Dewasa Burung Enggang Badak ialah 110 - 127 cm ( 43 - 50 inci ) Panjang dan Seberat 2 -3 kg (4.4 - 6.6 paun ).
  • Burung Enggang Badak hidup dalam kurungan sehingga 35 tahun.
Taburan
  • Burung Enggang Badak atau juga dikenali sebagai Burung Kenyalang boleh didapati di Kepulauan Borneo ( Sarawak,Sabah,Brunei dan Kalimantan ). 
Habitat
  • Mengawan dan berpasangan bagi burung ini adalah amat penting, kerana burung betina perlu mempercayai burung jantan bagi membekalkan semua perkara ketika ia mengeram dan membesarkan anak.
  • Burung enggang ini bertelur dalam batang pokok, burung betina tinggal di dalamnya bersama telor, sementara burung jantan membawa makanan kepada burung betina dan anak-anaknya.
  • Selepas bertelur, burung jantan akan mengambil lumpur dan pasangan tersebut akan menggunakan lumpur dan najis bagi menutup bukaan masuk ke sarang.
  • Ini meninggalkan bukaan kecil, hanya muat bagi burung jantan memberi makan burung betina (dan kemudian anak burung) dan bagi burung betina membuang najis keluar lubang.

Ciri - ciri
  • Burung Jantan Memiliki Mata Kuning Bata atau Merah.
  • Burung Betina Mata Keputihan.  
  • Burung ini Memiliki Paruh kebanyakan berwarna putih dan mempunyai Pelindung Kepala. 
Makanan Kegemaran
  • Makanan Utama Burung Enggang Badak Ialah Buah - buahan dan Sesekali ianya akan makan Serangga yang kecil.
Keunikannya
  • Burung Enggang Badak mempunyai Pelindung Kepala yang sangat Cantik dan boleh Menarik perhatian orang ramai.




Burung Kekek/Burung Gatal Birah ( Black Hornbill )
  • Burung ini lebih dikenali dengan nama tempatan iaitu, Burung Kekek atau Burung Gatal Birah.
Habitat
  •  Burung Kekek ini tinggal di Hutan Malar Hijau dan tempat yang berketinggian sehingga 215 meter.
Ciri - ciri
  • Berdarah panas
  • Mempunyai paruh & tubuh yang diselubungi bulu perepah
  • Mempunyai paruh tanpa gigi
  • Jantung burung enggang,kamar atas dikenali sebagai atria,sementara kamar dibawah dikenali sebagai rentrikle.
  • Tergolong dalam golongan benda hiduop, alam haiwan ,bertulang belakang (vertebrata),kelas burung.Dalan aturan tergolong dalam keluarga.
Pembiakan
  • Membiak dengan cara bertelur
  • telur dihasilkan mempunyai cangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya.
Jantina
  • Bagi Burung Kekek Jantan ianya bersaiz badan yang agak kecil dan mempunyai burung jambul hitam & sedikit keputihan serta warna kulit ialah hitam.
  • Bagi Burung Kekek Betina pula,paruhnya lebih kecil dari yang Jantan dan mempunyai kulit sedikit merah jambu.
Keunikannya
  • Jantung Burung Enggang Gatal Birah terdiri daripada 4 kamar seperti manusia.
Makanan
  • Makanan  digemari ialah Buah betik,pisang serta haiwan invertebrata dan verterata seperti serangga,reptilia kecil ( ular,biawak ),mamalia kecil ( tikus ).



Burung Enggang Gunung ( Wreathed Hornbill )

  • Dikenali sebagai Burung Enggang Gunung 


Habitat

  • Hutan malar hijau & Hutan di Kepulauan yang terdapat ketinggian sehingga 1830 meter.

Ciri - ciri
  • Berdarah panas
  • Mempunyai paruh & tubuh yang diselubungi bulu perepah
  • Mempunyai paruh tanpa gigi
  • Jantung burung enggang,kamar atas dikenali sebagai atria,sementara kamar dibawah dikenali sebagai rentrikle.
  • Tergolong dalam golongan benda hiduop, alam haiwan ,bertulang belakang (vertebrata),kelas burung.Dalan aturan tergolong dalam keluarga.
Pembiakan
  • Membiak dengan cara bertelur
  • telur dihasilkan mempunyai cangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya.
Jantina
  • Yang Jantan mempunyai paruh yang kecil dan pendek.
  • Berwarna Kekuninggan sehingga Keperangan.
  • Yang Betina pula,Kepala dan leher berwarna hitam serta kantung leher berwarna biru.
Makanan
  • Makanan  digemari ialah Buah betik,pisang serta haiwan invertebrata dan verterata seperti serangga,reptilia kecil ( ular,biawak ),mamalia kecil ( tikus ).

Keunikannya

  • Burung mempunyai paruh tanpa gigi.






BURUNG ENGGANG PAPAN ( Great Hornbill )

  • Burung ini lebih dikenali sebagai Burung Enggang Papan.
  • Ciri-ciri burung jantan saiz badan yang sangat besar dan lebar,  paruh berwarna kuning dan ekor berwarna putih serta kelepak yang hitam manakala cir-ciri burung betina saiz badan yang lebih kecil dan paruh berwarna hitam kekuningan.
  • Habitat:
    Hutan dan kayu daripada kawasan rendah hingga 1,500 meter dan kawasan bukit-bukau hingga ke kawasan pinggir laut.
  • Burung yang besar dan istimewa ini berwarna hitam di bulu pelepah dan jalur putih yang lebar di kepak dan ekor. Ia merupakan Burung Enggang yang terbesar dan paling berat di alam ini. Lehernya berwarna kuning-keputihan dan tepi mukanya berwarna hitam. Ia mempunyai paruh yang besar dan kuat, melengkung ke bawah dan kelihatan aneh, bahagian atas paruhnya dikenali sebagai 'kaska'. Perbezaan di antara Enggang jantan dan betina dapat dilihat dari segi warna paruh dan biji mata yang berlainan dan bulatan di sekeliling matanya. Berat tengkorak Enggang Papan dengan kaskanya adalah lebih kurang 320 gram.
  • Makan kegemaran burung ini adalah buah-buahan, invertebrata dan vertebrata kecil. Ia mengeluarkan bunyi yang kasar dan bernada rendah daripada Enggang Badak dan tidak beriringan.




( Bushy- Crested Hornbill)

  • Dikenali sebagai Burung Enggang Belukar.
  • Salah satu burung enggang yang hidup di hutan-hutan tanah panah.
  • Burung Enggang Belukar bertumbuh sehingga 70 sentimeter (2 kaki 3 inci).
  •  Bulunya berwarna hitam atau perang. Bulu lehernya berwarna biru, manakala ekornya berwarna perang-kelabu, dengan satu palang yang lebar serta berwarna hitam pada hujungnya. Paruhnya panjang dan berat. Burung ini mempunyai jambul yang terkelepai. Kulit di sekeliling matanya tidak berbulu.
  • Iris burung jantan berwarna merah sedangkan iris burung betina berwarna hitam.
  • Ketika Burung Enggang Belukar mengeram di dalam lubang pokok yang dijadikan sarang, mulut lubang itu akan ditutupkan dengan lumpur, dengan satu lubang yang kecil untuk burung jantan memberikan makanan kepada burung betina. Apabila telur-telurnya sudah menetas, burung betina akan memecahkan penutup lumpur dan keluar dari sarangnya, tetapi akan menutupkannya semula sehingga anak burung siap sedia untuk meninggalkan sarang.
  • Burung Enggang Belukar hidup dalam kawanan sebanyak 5-15 ekor, dan biasanya makan di sudur pertengahan di dalam hutan tertutup. Pada dasarnya, burung ini makan buah-buahan dan serangga. Bunyinya kasar dan tajam dan burung ini biasa berbunyi secara kawanan.
Keunikannya
  • Burung ini tidak mempunyai bulu di sekeliling matanya.








1 comment:

  1. kalau boleh susun semula isi dan intipati blog supaya kelihatan lebih kemas :) Disemak 2/4/2014

    ReplyDelete